Dari 1984 hingga 2006”Feb, terdapat 87 kes rogol –bunuh, Dari jumlah 87 kes yang kejam ini, hanya 23 kes, atau pun 26.4% di selesai dengan pesalah dijatuh hukuman.
Tempoh Jumlah kes kes dijatuh hukuman K/s |
| 1980-85 3 1 1 |
| 1986-90 9 1 2 |
| Jumlah 12 2 3 |
| 1991-1995 13 7 7 |
| 1996-2000 26 1 5 |
| Jumlah 39 8 12 |
| 2001-2005 32 12 15 |
| 2006(Jan-Feb) 4 1 1 |
| Jumlah 36 13 16 |
| Jumlah besar 87 23 31 |
Statistik menunjukkan:
1. Semua mangsa kes rogol-bunuh adalah wanita, ramai diantaranya adalah kanak-kanak kecil, yang termuda sekali hanya berumur enam tahun. Ini menunjukkan bahawa wanita dan kanak-kanak kecil menjadi mangsa kes rogol dan bunuh bukan kerana mereka berpakaian seksi. Tetapi kerana mereka adalah golongan lemah yang tidak dapat mempertahankan diri sendiri. (give examples)
2. Tiada kes rogol kemudian bunuh sebelum tahun 1984. Tetapi dua pertama tahun ini telah berlaku 4 kes . Mangsa di Nibong Tebal, namanya Kalaiselvi, hanya berusia 7 tahun. Saya minta pihak kementerian memberi tahu dewan yang mulia ini perkembangan terkini kes ini.
Salah satu 4 kes ini berlaku di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani pada 15 Jan 2006. Mangsa kes ini, Chee Gaik Yap, berumur 25 tahun, baru lepasan Universiti dan mula bekerja. Beliau didapati hilang semasa jogging pada petang itu. Mayatnya ditemui ditepi jalan berdekatan tempat belaiu hilang 10 jam kemudian. Beliau dirogol, diliwat sebelum dibunuh. Dalam satu jawapan kepada saya pada 15 Mar, Menteri keselamat dalam negeri mengatakan 18 orang telah ditangkap secara rambang oleh pihak polis dan dijalani ujian DNA. Kesemuanya telah dibebaskan kerana ujian DNA terdapat negative.
Saya ingin mendapat penjelasan samada menangkap orang secara rambang dan dijalani ujian DNA merupakan prosidur yang biasa digunapakai oleh polis dan apakah sebabnya ia digunakan dalam kes ini.
Kes Chee Gaik Yap bukan kes pertama culik-rogol kemudian bunuh yang berlaku di Sungai Petani. Pada 13 Mei 1996, Seorang wanita , K.Mariadhyee, 40 tahun, dirogol bergiril-giril oleh empat lelaki dan kemudian dibunuh. Pada 21 Dis 2004, Siti Syazwani, 9 tahun , didapati hilang dalam perjalanan pulang dari kelas Al Qoran. Mayatnya ditemui esokan hari separuh bogel. Beliau dirogol sebelum dibunuh. Indeks jenayah kawasan Sungai Pertani meningkat dari 2,503 kes pada tahun 2000 ke 2,876 kes pada 2005. Penduduk-penduduk di Sungai Petani meminta saya mendapat penjelasan daripada YAB yang mereka sayangi apakah sebabnya indeks jenayah di Bandar mereka semakin meningkat dan apakah langkah yang akan diambil untuk menurunnya.
10 hari selepas kes Chee Gaik Yap, berlaku satu kes lagi di Johore BAhru, mangsa kali ini ialah Syafiqah Bt Borhan, berusia 15 tahun. Beliau hilang dalam perjalanan ke perhentian bus pada awal pagi 25 Jan. Mayatnya ditemui dua hari kemudiaan, dipercayai dirogol sebelum dibunuh. Syafiqah, bertudung, adalah seorang pelajar yang cemerlang disekolah dan penah mendapat keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah rendah pada tahun 2003.
Walaupun kemudiaan berlaku, tetapi kes Syafiqah telah seleisa dengan pihak polis berjaya menangkap seorang suspek dan menuduhnya dimahkamah pada 27 Feb. Walau bagaimana pun, saya harap pendakwa raya kes Syafiqah dapat berjaya membuktikan suspek inilah yang melakukan keganasan terhadap mangsa dan dijatuhkan hukuman. Bukan seperti kes Syazwani, pihak polis tidak dapt memberi bukti yang kukuh sehingga suspek dibebaskan walau pun polis berjaya menangkap 14 orang suspek dalam 24 jam dan polis mengatakan salah seorangnya telah mengakui kepada polis bahawa dia menrogol dan membunuh Syazwani.
Di sini, Sekali lagi saya diminta oleh keluarga Chee Gaik Yap untuk menanya kepada YAB menteri, mengapakah polis di Johore Bahru dapat menyelesaikan kes Shafiqah tetapi polis di Sungai Petani pula masih tidak dapat menyelesaikan kes Chee Gaik Yap. Saya rasa mereka harus diberi penjelasan untuk memahaminya kesulitan yang dihadapi pihak polis untuk mengelakkan sebarang salah sangka yang mungkin akan menjejaskan nama baik PDRM.
Saya cadangkan pihak polis kumpulkan semua kes rogol-bunuh yang mereka berjaya seleisa dan jatuh hukuman dan juga kes yang tidak berjaya untuk membuat analisa dan kajian. Saya rasa langkah ini dapat membantu pihak polis untuk menyiasat kes-kes jenis ini pada masa yang akan dating.
Angka statistic menujukkan jumlah Kes rogol kemudiaan bunuh semakin meningkat dan dijangka akan terus meningkat pada masa akan datang. Ini bermakna keselamatan kaum wanita khasnya kanak-kanak perempuan semakin diancam semasa Negara kita semakin maju.
Saya rasa kita harus bersama-sama merennung: mengapa jenayah rogol-bunuh semakin menjadi-jadi? Adakah ini hasil sampingan modal pembangunan kita? Saya menyeru kerajaan menjalankan satu kajian untuk mengenal pasti puca-punca jenayah seks yang semakin ganas terhadap wanita dan kanak-kanak dinegara ini, Supaya kita dapat menangani jenayah kejam ini dengan lebih berkesan